Deklarasi kalimah syahadah dengan penuh sedar dan yakin ertinya kita telah membuat perjanjian ikrar taat setia dengan Allah s.w.t., penguasa mutlak seluruh jagatraya ini dan hari kemudian, secara sukarela tanpa sebarang paksaan. Perjanjian ini menuntut kemurnian dalam bertanggungjawab yang menjadi teras sistem dan kiblat hidup insani.
Firman Allah;
"Dan ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman); "Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab; "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi, "(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu semua tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)."
SURAH AL-ARAAF [7-172]
+*Sahabat*+
Tuesday, January 10, 2012
Saturday, January 7, 2012
Dulu dan sekarang
Dulu dan sekarang dah lain kan?
Cara hidup cara makan
Selalu mak je slalu belikan
Masa kecil dulu la kan.
Bila dah besar tak tahu jadi orang ke tak
Sebab mak tak tahu kita lulus ke tak
Banyak kali lari dari kelas macam katak
Macam dah takde otak.
Masa kecil kecil dulu sayang sangat kat cikgu
Sekarang layan cikgu macam nak kena siku
Perkataan yang keluar pun dah tak tahu malu
Macam dah confirm masuk U.
Dulu takut sangat nak bagitau mak cikgu rotan
Sebab tak siapkan kerja rumah kajian tempatan
Sekarang bila cikgu naik tangan
Mak bapa datang sekolah nak menyaman.
Oleh
Syuhada Jubidin
Friday, January 6, 2012
Say No To Lazzy
Assalamualaikum.
Saudara/i semua sudah memikirkan akhirat? Hmmm. Adakah diantara kamu yang sempat terfikir dengan jawapan dari persoalan itu? Tapi sebenarnya, tidak rugi kalau kita memikirkan hal-hal itu sekarang ini, semasa kita remaja. Ada pepatah menyatakan “Orang yang pandai adalah orang yang membuat persiapan bekalan yang banyak ke akhirat”.
Percaya atau tidak, orang yang memikirkan akhirat akan membuat segala kebaikan dalam urusan dunia (insyaAllah). Istilahnya, sekali mendayung dua tiga pulau ditinggalkan. Tidak usah menunggu uban tumbuh dikepala baru hendak melakukan taubat, jangan sesekali berfikir bahawa, muda bergembira, muda hanya sekali, tua kaya raya, dan mati masuk syurga. Sebab pemikiran beginilah banyak anak muda yang “mangkat”sebelum tua. Kerana mati muda tidak memberi jaminan seseorang untuk tidak dapat masuk neraka dan syurga untuk remaja.
Jadi, mulai dari sekarang, kita sebagai anak-anak muda warisan Islam wajib melakukan hal-hal yang positif dan bermanfaat.
Lakukan yang terbaik selagi kita boleh buat. “Say No to LAZZZY” dan berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.
Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
