+*Sahabat*+

Thursday, November 22, 2012

Semasa kecil dahulu

Dulu mama beri duit poket 10sen ja dah cukup untuk makan,
tapi sekarang duit poket RM1 dah tak cukup untuk makan.

Dulu tak pakai baju pun tak malu,
tapi sekarang dah pandai malu dengan lelaki maco.

Dulu takut sangat nak bagitahu mama cikgu rotan tak siapkan kerja rumah,
tapi sekarang mama datang ke sekolah nak menyaman.

Dulu tak reti nak menipu mama dan ayah,
tapi sekarang tipu atau tidak sama sahaja.


oleh Syuhada Jubidin

Friday, June 29, 2012

Usah Dibesar-besarkan

Assalamualaikum.

Sekarang, makin banyak berita berita, akhbar akhbar yang cerita pasal artis. Pasal cerai, kahwin senyap-senyap.. Hmmmm *sigh*.. Lagi-lagi wartawan yang cari dan dedahkan aib artis.. Hmmmm *sigh*.

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

*Aib orang lain jangan dicari dan jangan didedah. Aib kita dijaga dan ditutup rapi oleh diri kita sendiri. Baru Allah jaga aib kita dari diketahui oleh manusia lain di dunia dan di akhirat nanti.

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

Ini tidak.... Hmmmm *sigh*


“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Wallahua'alam

Enteri ini hanya untuk perkongsian dan hanya pandangan saya. Orang terdekat dan juga yang jauh tidak ada kena mengena dengan pandangan saya.

Saturday, June 2, 2012

Kepada Saya dan Saudari




Seorang muslimah yang kuat adalah muslimah yang :-
  • Sukar dikalahkan
  • Tidak Lemah
  • Kukuh, tidak mudah goyah dan
  • Tabah

Kekuatan seorang muslimah selalu kelihatan sihat dan gagah tidak mudah sakit..
Kesimpulannya, harus menjaga kesihatan dirinya.

Kekuatan seorang muslimah adalah pada kemahuannya yang kuat..
Muslimah mampu memiliki sejuta impian dan mimpi (bukan sekadar mimpi) yang bersandarkan kepada kebaikan dan mencari jalan untuk mendapatkannya.

Muslimah yang kuat adalah muslimah yang gagah.
Dia adalah seorang yang tabah, sedia menghadapi ujian daripada-Nya dan menerima apa juga yang menimpah dirinya. Dia hanya berserah kepada Allah..

Muslimah yang gagah tidak mudah putus asa. Kemahuannya kuat untuk mendapatkan kemahuan dan cita-citanya..

Diibaratkan “She has endurance of a marathon runner” (=

Macam inilah menjadi muslimah yang kuat..
Ambillah inspirasi dari para muslimah ketika zaman Rasulullah.
Mereka adalah contoh yang terbaik untuk kita muslimah sedunia.

Wallahua’lam..