+*Sahabat*+

Saturday, December 31, 2011

Hawa Nafsu

Kematian boleh datang bila bila saja.Hanya ALLAH yang tahu. Maka jangan sekali kali menurut hawa nafsu, siapa tahu saat menurut hawa nafsu itulah saat itulah maut menjemput.na'udzubillahi hi min dza lik. Bahawa niat baik harus dijaga, agar ALLAH S.W.T menganugerahkan akhir hidup yang indah dan diredhai.




Friday, December 30, 2011

Situasi

Jangan ajak kalau orang itu tidak dipelawa...


p/s : I really meant it...


Originally by
Shajia Niueda

Realiti Mukabuku


Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita,
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca.


Ada pula yang marah tak kena masa,
Line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya.


Tak kurang juga yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna.


Yang lain asyik duduk like saja,
Tak kira apa post tak kira siapa tuannya,
Ada kala tak baca pun isi cerita,
Yang penting like dia mesti ada.


Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam dah kompom itu laki dia,
Mula la keluar ayat manis dari gula,
Kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira.


Ada yang tulis suka suka ,
Kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu, sangkut sorang dua.


Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera.


Sumber:Gempak.org

Wednesday, November 23, 2011

Advice And Mood

He said "Tawakal", but I'm hungry now~!

Sumber Gambar : Glitter Graphics


Originally by
Syuhada Jubidin

Monday, November 21, 2011

Bungkus Aurat - Ustaz Zamri


Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS aurat dengan TUTUP aurat adalah amat besar.

Situasi 1
Aisyah : Ahmad, cuba kau teka aku tengah bungkus apa?
Ahmad: Alaaaaa. Nasi lemak.
Aisyah : Aik? Mana kau tahu?
Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku memang tahu kau jual nasi lemak.
Aisyah : Ok ok. Cuba teka nasi lemak ini banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaaa, lagi senang. Banyaklah.
Aisyah : Ha? Macam mana kau tahu ni?
Ahmad: Tengok bentuk dan saiz lah. BUNGKUSan banyak besar, BUNGKUSan kecil sikit. Haha kantoi.
Aisyah : Pandainya kau nie.
Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak pandai. Haha
Aisyah : Ceh! Malaslah nak tanya.

Situasi 2
Aisyah : Ahmad, cuba kau teka aku TUTUP apa dengan tudung salji ni?
Ahmad: Hmmmm. Ikan goreng?
Aisyah : Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah : Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah : Salah juga.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah : Ish. Lagilah salah.
Ahmad: Habis tu apa? Manalah aku tahu apa yang kau TUTUP tu.
Aisyah : Nasi lemak lah. Cuba kau teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh, manalah aku tahu. Malaslah nak jawab.

Maka pilihlah TUTUP.


Sumber: Gempak.Org

Monday, November 14, 2011

Ruqyah Syariah

Makna ruqyah secara terminologi adalah Al-'Udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas kerana disengat binatang, kemurungan, dan sebagainya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir Rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah teradang disebut pula dengan 'Azimah. Al-Fairuz Abadi berkata : "Yang dimaksudkan 'azimah-'azimah adalah ruqyah-ruqyah. Ruqyah-ruqyah adalah ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan terhadap orang yang terkenal berbagai penyakit dengan mengharap kesihatan." (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi).

Makna ruqyah juga secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telepak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin 'Abdul 'Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza'iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)
(Sumber Asysyariah)

Caranya:

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE / SPEAKER dengan volume yang kuat. Pejamkan mata dan jangan ikuti bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai:


  • denyutan jantung makin kencang
  • badan menggeletar kencang
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk
  • pening-pening kepala
  • mabuk
  • pengsan
  • seram sejuk
Untuk makluman, ayat-ayat A-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai ayat-ayat Ruqyah.

Jika anda mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin menghuni tubuh anda. RUQYAH MP# amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagari diri kita.

Selain itu, orang yang sakit juga boleh baca banyak-banyak dalam hati tak ditentukan masa dan tempat zikir 'THOHA' (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa. Kira jin-jin dalam badan itu sakit dan kepanasan. Dengan mendengar MP3 RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit, antaranya:

  • Jiwa gelisah/khayalan
  • Pembatal sihir
  • Pagar rumah (Pengusir jin dan syaitan)
  • Ketengangan rumah tangga
  • Anak-anak menangis tengah malam
  • Pendarahan berpanjangan bagi wanita (Istihadah)
  • Penghambat kasih sayang antara anak/ibubapa
  • Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR'IAH:

  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga, putar mp3 ini didalam rumah atau tempat dalam 3 kali sehari atau putar dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memutarnya di dalam kereta.
  3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memutarnya dengan keras, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  4. Untuk histeria, sihir dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan putar mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Qursy 3x kali dan Al-Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam esoknnya, mp3 ruqyah ini hendaklah diputar dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah/tempat usaha yang bermasalah, cuma putar 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali semangat.
*BAGI MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGARKAN MP3 RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGARKAN HINGGA TAMAT TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

No & Nama Urutan Surah:

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 A-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.


Sumber : Gempak.Org

Monday, November 7, 2011

Hukum Bersolat Dalam Gelap

Assalamualaikum.

Mungkin perkara ini ramai yang tidak tahu 'Hukum Bersolat Dalam Gelap". Seperti kita tahu, mengerjakan solat walau di mana pun asalkan 13 rukun solat lengkap.

Sunat kita sembahyang di tempat yang terang sebaliknya sembahyang di dalam gelap adalah makruh. Ini kerana, mungkin solat di tempat yang gelap menyebabkan kita tidak nampak apa yang ada di tempat kita sujud. Sebagai contoh, mungkin najis cicak jatuh ke atas sejadah kita.

Justeru itu, kita digalakan menunaikan solat di tempat yang terang supaya tidak menimbulkan perasaan was-was semasa kita mendirikan solat.

Wa'allahualam :)


Originally by
Syuhada Jubidin

Sunday, November 6, 2011

I am

I'm Uncharted

:'( + :') = !@$%^&**())(*&^%$#@!

Originally by
Syuhada Jubidin

Friday, November 4, 2011

Kata Hati

Hati kata "Tak nak buat dah.", badan tetap gerakkan anggota.
Hati kata "Ya, aku janji.", tapi tetap dimungkiri.
Hati kata "Tidak apa, ini ujian dari-Nya.", tapi air mata menitis laju.
Hati kata "Jangan malas!", tapi badan masih diselimuti kain lembut.
Hati kata "Tidak apa.", tapi mimik muka tetap serupa.
Hati kata "Ya Allah, salahkah aku?", tapi masih melakukannya.
Hati kata "Aku tidak tahu.", tapi ramai yang bertanya kepada mu.
Hati kata "Aku tak ikhlas.", tapi masih memberi.
Hati kata "Aku tak salah!", tapi meminta maaf.
Hati kata "Dah! Aku nak lupakan semua.", tapi perasaan tetap sama.


Originally by
Syuhada Jubidin

Tuesday, November 1, 2011

Berubahlah Wahai Hati

Bila hati terdetik untuk berubah, tapi...
masih ada lagi perasaan takut,
masih ada lagi perasaan kasihan,
masih ada lagi perasaan sayang,
masih ada lagi perasaan sedih,
masih ada lagi perasaan benci,
masih ada lagi perasaan iri hati,
masih ada lagi perasaan ingin berseronok,

Kenapa ya wahai hati?
Adakah kau telah menutup pintu mu atau akukah yang menutup pintu mu?

Hati memujuk hati.
Berubahlah Wahai Hati

Originally by
Syuhada Jubidin

Friday, October 14, 2011

Berat Sebelah

Setiap orang ada perasaan tidak puas hati terhadap seseorang.

Tipu kalau ada orang tidak pernah merasainya

Nasi berlaukkan sayur, nugget empat ketul dan berkuahkan sambal sama nilainya dengan nasi berlaukkan tiga ketul nugget dan berkuahkan sambal.
Adakah bagi anda merasa ianya adalah sama rata untuk anda yang dipanggil manusia?

Jujur saya katakan
SAYA BENCI DENGAN SIKAP BERAT SEBELAH



Originally by
Shajia Niueda

Thursday, October 13, 2011

Jangan pernah


Tidak mustahil
Jika kamu seorang yang kuat makan, pasangan hidup mu juga adalah seorang yang kuat makan.
Dan, jika kamu seorang yang suka mencuri hak orang, pasangan hidup mu juga suka mencuri hak orang lain.

Jika kamu curang kepada pasangan hidup mu, maka pasangan mu juga curang kepada mu..

Ingat, apa yg pernah kamu lakukan, kamu akan dibalas balik dengan cara yang kamu pernah buat.
ALLAH MAHA ADIL


Originally by
Shajia Niueda