+*Sahabat*+

Wednesday, May 2, 2012

Kerana Diri

Nama-nama watak dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Bismillahirahmanirrahim..

Ayu : Kau tengok Ros, mamat tu pegang tangan si Sarah. Ee! Tak takut ke balasan?
Ros : Hmmm. Diaorang dah nikah kot.
Ayu : Nikah apanya Ros. Baru umur 19.
Ros : Nikah gantung ke?
Ayu : Hari tu aku nampak Sarah dengan lelaki lain, ni lelaki lain pula.
Ros : Apa kata kau tegur diaorang.
Ayu : Eh? Kan dah tua, pandai-pandai la tahu dosa pahala.
Ros : Hmmmm.

Yang si Ayu negatif sangat, Ros pula positif sangat. Apa kata kalau sama-sama tanya si Sarah tu bagus-bagus apa hubungan dia dengan mamat tu. Tak payahlah kau tegur macam kau nak malukan si Sarah depan orang ramai. Panggil kejap nak cakap kejap tak salahkan? Dah tua tahu dosa pahala tak payah nak nasihat? Salah.. Susahlah kalau dunia ni ada orang macam si Ayu.

Ayu : Nak update status FB pula. (Ya Allah. Jagalah hatiku daripada dosa-dosa besar).
Ros : Wah. Powernya ayat.
Ayu : (Hanya tersenyum).

Apa kata doa kita hanya antara kita dan Allah. Penting ke nak update status FB dengan ayat-ayat macam tu? Hmmm. Takut nanti kita tak ikhlas pula. Yela, memanglah keikhlas hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi, berhati-hatilah. Syaitan tu akan sesatkan kita dengan benda-benda yang kecil.


*Hanya peringatan untuk semua dan diri sendiri.

Wassalam..