+*Sahabat*+

Monday, November 14, 2011

Ruqyah Syariah

Makna ruqyah secara terminologi adalah Al-'Udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas kerana disengat binatang, kemurungan, dan sebagainya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir Rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah teradang disebut pula dengan 'Azimah. Al-Fairuz Abadi berkata : "Yang dimaksudkan 'azimah-'azimah adalah ruqyah-ruqyah. Ruqyah-ruqyah adalah ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan terhadap orang yang terkenal berbagai penyakit dengan mengharap kesihatan." (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi).

Makna ruqyah juga secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telepak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin 'Abdul 'Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza'iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)
(Sumber Asysyariah)

Caranya:

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE / SPEAKER dengan volume yang kuat. Pejamkan mata dan jangan ikuti bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai:


  • denyutan jantung makin kencang
  • badan menggeletar kencang
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk
  • pening-pening kepala
  • mabuk
  • pengsan
  • seram sejuk
Untuk makluman, ayat-ayat A-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai ayat-ayat Ruqyah.

Jika anda mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin menghuni tubuh anda. RUQYAH MP# amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagari diri kita.

Selain itu, orang yang sakit juga boleh baca banyak-banyak dalam hati tak ditentukan masa dan tempat zikir 'THOHA' (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa. Kira jin-jin dalam badan itu sakit dan kepanasan. Dengan mendengar MP3 RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit, antaranya:

  • Jiwa gelisah/khayalan
  • Pembatal sihir
  • Pagar rumah (Pengusir jin dan syaitan)
  • Ketengangan rumah tangga
  • Anak-anak menangis tengah malam
  • Pendarahan berpanjangan bagi wanita (Istihadah)
  • Penghambat kasih sayang antara anak/ibubapa
  • Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR'IAH:

  1. Bagi kesihatan diri dan keluarga, putar mp3 ini didalam rumah atau tempat dalam 3 kali sehari atau putar dari malam sampai pagi (auto repeat).
  2. Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memutarnya di dalam kereta.
  3. Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memutarnya dengan keras, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  4. Untuk histeria, sihir dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan putar mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Qursy 3x kali dan Al-Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam esoknnya, mp3 ruqyah ini hendaklah diputar dari malam sampai pagi selama sebulan.
  5. Bagi memulihkan rumah/tempat usaha yang bermasalah, cuma putar 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
  6. Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali semangat.
*BAGI MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGARKAN MP3 RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGARKAN HINGGA TAMAT TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

No & Nama Urutan Surah:

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 A-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.


Sumber : Gempak.Org

No comments:

Post a Comment