+*Sahabat*+

Wednesday, March 7, 2012

Dustanya Bicara


Assalamualaikum.

Enteri ini bukanlah dengan niat untuk menjatuhkan diri pembaca atau sesiapa sahaja. Bukan juga untuk menunjukkan diri ini sangat sempuran. Tapi, enteri ini ditulis hanya untuk perkongsian bersama. Peringatan bersama.

Si A(Lelaki) dan Si B(Perempuan) ditangkap khalwat pada malam semalam. Sebenarnya bukan niat untuk bincangkan perkara berikut, tetapi hanya untuk mengingatkan kepada semua. Bukankah senang jika kita hanya berdiam diri dan tidak perlu masuk campur dalam hal sebegini? Menambah-nambah bahan cerita dengan mengikut nafsu. Membuat spekulasi sendiri sedangkan diri sendiri tidak pernah berada di tempat kejadian. Ini salah!  Ingat, terlajak perahu masih boleh diundur lagi tapi terlajak kata buruk padahnya. Ya, mungkin anda, anda dan anda tidak mendapat balasannya. Tetapi tunggu sahaja balasan dari-Nya. Janji Allah itu pasti. Jangan membuat spekulasi sendiri jika anda tidak berada di tempat kejadia. Jangan bincangkan hal-hal sebegini kerana cerita ABC akan menjadi DEF. Jangan masuk campur dengan hal sebegini dengan melontarkan kata-kata yang mungkin akan menimbulkan fitnah.

Bukan untuk menunjukkan diri ini tidak pernah buat dosa, tetapi juga ingin menyedarkan diri ini yang selalu lalai dan leka dek kebahagian dunia bukan lalai dan leka dengan kebahagian akhirat nanti.

Wallahu'alam.



HATI-HATI DENGAN KATA(dusta) MU WAHAI TEMAN. HATI KU AKAN MATI HANYA DENGAN KATA-KATA(dusta) MU.

No comments:

Post a Comment